BR1M 2018 Application Daftar & Kemaskini

BR1M 2018 online Application Requirments

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan dan mengambil peduli terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan. Kenaikan kadar BR1M bagi tahun diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 yang berlangsung di Parlimen. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan.

Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 bermula ​27 NOV 2017 – 31 DIS 2017​​ . ​​Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan ​LENGKAP​.​ ​​Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat ​PERMOHONAN BARU​.​ ​​Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.​

​​Pemohon/ pasangan/ tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan ​tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM.​ Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/ permohonan baru.​

​​​*ALERT:​ Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima ​PAMPLET​ mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.​

​Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah seperti berikut :​​

​​Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG​​
  • ​8.30pg-5.00 ptg​ ​​(ISNIN-JUMAAT)​​
  • ​9.00pg-4.00ptg​ ​​(SABTU dan AHAD)​​
  • 30-31 Dis 2017  minggu akhir​​
​​Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU
  • ​​8.30pg-5.00ptg​ ​​(AHAD-RABU)​​
  • ​8.30pg-3.30ptg​ ​​(KHAMIS)​​
  • ​9.00pg-4.00ptg​ ​​(JUMAAT dan SABTU)​​
  • 29-30 Dis 2017 minggu akhir​​
​​Bagi SABAH dan SARAWAK​​
  • ​​​8.00pg-4.00ptg​ ​​(ISNIN-JUMAAT)​​
  • 9.00pg-4.00ptg​ ​​(SABTU dan AHAD)
  • 30-31 Dis 2017 minggu akhir​​

#Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM​​

Jumlah Bantuan BR1M 2018 dan Kategori Syarat Kelayakan

RM 1200

  • Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas)
  • Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
  • Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
  • Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

RM 900

  • Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
  • Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
  • Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
  • Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

RM450

  • Pendapatan Kasar Bulanan: RM2,000 ke bawah
  • Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
  • Individu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017/2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M atau pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ini dan sekiranya menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BR1M.

Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut

PERMOHONAN BR1M 2018 SECARA ONLINE (EBR1M)

Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan.

PerkaraButiran
Tarikh rasmi permohonan dibukaDisember 2017
Tarikh rasmi permohonan ditutup31 Disember 2017
Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online (Pemohon Baharu) BR1MBaca Panduan Pengguna Sistem Aplikasi Dan Permohonan Baru E-BR1M 2018
Pautan Portal Rasmi E-BR1Mhttps://ebr1m.hasil.gov.my

*Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon.

PERMOHONAN BR1M MANUAL (GUNA BORANG)

PerkaraButiran
Tarikh borang diedarkan5 Disember 2017
Borang boleh didapati melalui
  1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  6. Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Muat turun Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017

TindakanBorang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar keCawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup iaitu pada 31 Disember 2017
Pautan Portal Rasmi E-BR1Mhttps://ebr1m.hasil.gov.my

Bagaimana Dengan Penerima BR1M Sedia ada?

Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi ataupun membuat permohonan baharu untuk BR1M 2018.

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat.

Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.

Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2018 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan.

Facebook Comments
Is this helpful?
Overall ratings: 0/5