Daftar Sdn Bhd Online – Skeneur

daftar syarikat sdn bhd online malaysia
Source: https://www.skeneur.com/daftar-syarikat-sdn-bhd-di-malaysia/

APAKAH ITU SYARIKAT SDN BHD?

SDN BHD, singkatan Sendirian Berhad, adalah syarikat swasta yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd, dan bukannya 2 pengarah. Oleh itu, anda boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain. Anda boleh bertindak sebagai pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal bagi syarikat tersebut. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu masa.

APAKAH PROSEDUR DAN LANGKAH PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD DI MALAYSIA?

  1. Pendaftaran akaun di portal MyCoID
  2. Pengaktifan akaun di kaunter SSM
  3. Perincian Log in portal MyCoIL akan diterima melalui e-mel lepas pengaktifan akaun
  4. Semakan nama syarikat dalam Aplikasi Direct Incorporation di laman utama portal MyCoID
  5. Isikan maklumat lain-lain di bawah Semakan Nama
  6. Isikan Borang Super untuk menjelaskan nama syarikat yang anda cadangkan
  7. Pemilihan kod perniagaan dan penerangan
  8. Maklumat pengarah dan pemegang saham
  9. Penyerahan permohonan
  10. Buat pembayaran sebanyak RM1,000 sebagai yuran pendaftaran syarikat (sebelum cukai)
  11. Notis Pendaftaran diterima melalui e-mel sebagai bukti pemerbadanan syarikat 

Daftar Syarikat Sdn Bhd online sekarang!

Is this helpful?
Overall ratings: 5/5