Panduan Permohonan dan kemaskini BRIM 2018

BR1M-2017-Online-Application-Requirments

Buat mereka yang kurang mengerti bagaimana untuk mendaftar BRIM 2018 dan penerima sedia ada yang ingin mengetahui cara-cara untuk kemaskini, disini kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk memohon dan kemaskini.

Permohonan baru dan pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.

Permohonan BRIM 2018

Sebelum mendaftar BRIM 2018, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.

Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:

  • memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau
  • semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.

Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:

  • MyKad pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, dapatkan Panduan Pengguna Permohonan Baru di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kemaskini BRIM 2018

Pemohon boleh kemaskini maklumat dengan 2 cara, iaitu:

Secara Online

  • Layari portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Klik menu kemaskini Permohonan
  • Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
  • Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.

Secara Manual

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:

  • Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang)
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
  • Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan.

Bagi Skim Khairat Kematian BRIM, permohonan kemaskini maklumat waris adalah bermula 3 April – 31 Mei 2017. Anda diingatkan supaya peka dengan setiap pengumuman mengenai BR1M. Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Is this helpful?
Overall ratings: 0/5